Kawan2 Terima kasih kerana sudi bersama saya

Monday, June 1, 2009

Rendang Daging Kari

Salam semua..ari ni kite nk kongsi masakan..Kite namakan 'Rendang Daging kari' sbb ade rempah kari dlm masakan tu..resepi dr mak mertua jom cuba..senang jer klu semua bahan cukup..resepi ni jugak kiter guna klu nk masak 'Rendang udang' makan dengan nasi panas sedapppp tau...makan dengan nasi impit lg sedapp..

Rendang Daging kari

Bahan:-
1/2 kilo daging lembu
1/2 biji kelapa (utk buat kerisik)-klu malas beli jer yg dh siap
1/2 biji kelapa (ambil santan pekat sahaja)
1 btg serai*
sedikit lengkuas*
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar (cili kisar)
sedikit air asam jawa
Minyak masak utk menumis

Cara:-
1.Panaskan minyak masukan cili kisar.
2.Masukan bahan2 yg telah di kisar masak sampai naik bau .
3.Masukan daging dan sedikit santan masak hingga daging lembut.
4.masukan baki santan tadi dan kerisik.
5.masukan garam,gula dan air asam jawa.
6.setelah masak tabur daun kunyit..dh siap
-selamat mencuba-

gula & garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment