*kwn2 yg nk resepi boleh tengok di maklang.blogspot atau email sy yer..tak sempat nk taip he..he..
SUHANA @ ANA Telok Panglima Garang (Klang/Banting) H/P :012-3908402 email :anissya6981@yahoo.com.my
Kawan2 Terima kasih kerana sudi bersama saya
Monday, August 24, 2009
Double coklat chip almond
*kwn2 yg nk resepi boleh tengok di maklang.blogspot atau email sy yer..tak sempat nk taip he..he..
Sunday, August 23, 2009
Puding Karemel tanpa telur
Puding Karemel Tanpa Telur
(Sumber Myresepi)
Bahan:-
Gula hangus
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
-masak gula hingga perang (api perlahan) kemudian masukan air.masak lg hingga gula larut. tuang dlm loyang.
Karemel
Bahan A
1 bungkus agar2 serbuk
8 sb gula
4 cawan air
Bahan B
1 tin susu cair
2sb tepung kastad
sedikit esen vanilla
cara:-
Didihkan bahan A hingga gula dan serbuk agar2 larut.
masukan bahan B masak hingga pekat sedikit.kemudian masukan dlm loyang yg berisi gula hangus td .sejukan sebentar.sedap dimakan sejuk2.
*resepi yang di catat tu yg kite dh ubahsuai..he.he.biasalah merdehaka kat resepi mmng selalu terjadi..he..he..tp alhamdullilah menjadi.
Thursday, August 20, 2009
Kek Marble pudina
Ini tuan rumah punya..he.he..saja wat extra..tuan rumah pun nak rasa jugak..nyum.nyum..
Salam semua..kek Marble Pudina utk Dino staf NEC.Tq ya..Kawan2 kalau nk resepi kite ade letak ..jangan tak cuba..sedap tau..yg color hijau tu rasa pudina/mint..selamat mencuba.
Marble Mint
(sumber :Terlupa plak ambil dr mana yg pasti dr internet he..he .)
Bahan:-
200g tepung naik sendiri
220g gula
230g mentega/ majerin
230g telur
3g esen vanilla
50g susu segar
30g serbuk koko
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa papermint (ada jual di kedai bakery)
cara:-
1.Panaskan oven pd suhu 180c. alas kertas kuih pd dulang pembakar.
2.Pukul tepung naik sendiri yg telah diayak dengan mentega/majerin sehingga menjadi pes yg sebati.
3.Dlm mangkuk lain pukul gula dan telur hingga likat.masukan adunan ini dan esen vanilla ke dlm adunan tepung tadi.pukul hingga kembang dan sebati .
4.Bahagikan adunan kepada dua.satu diletak pewarna hijau dan perisa mint.dan satu adunan lagi di letak susu segar dan serbuk koko.
5.tuang adunan berselang seli ke dlm loyang.
6.Bakar selama 40-45 min.
Topping coklat
(Sumber sue fnr)
300g coklat masakan
100ml susu cair
1 sb mentega
cara :-
1.Masak coklat dan susu cara double boiler hingga likat kemudian matikan api masukan pula mentega kacau hingga sebati.
2.Tuang coklat ke atas kek yg telah disejukan dahulu.
Marble Mint
(sumber :Terlupa plak ambil dr mana yg pasti dr internet he..he .)
Bahan:-
200g tepung naik sendiri
220g gula
230g mentega/ majerin
230g telur
3g esen vanilla
50g susu segar
30g serbuk koko
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa papermint (ada jual di kedai bakery)
cara:-
1.Panaskan oven pd suhu 180c. alas kertas kuih pd dulang pembakar.
2.Pukul tepung naik sendiri yg telah diayak dengan mentega/majerin sehingga menjadi pes yg sebati.
3.Dlm mangkuk lain pukul gula dan telur hingga likat.masukan adunan ini dan esen vanilla ke dlm adunan tepung tadi.pukul hingga kembang dan sebati .
4.Bahagikan adunan kepada dua.satu diletak pewarna hijau dan perisa mint.dan satu adunan lagi di letak susu segar dan serbuk koko.
5.tuang adunan berselang seli ke dlm loyang.
6.Bakar selama 40-45 min.
Topping coklat
(Sumber sue fnr)
300g coklat masakan
100ml susu cair
1 sb mentega
cara :-
1.Masak coklat dan susu cara double boiler hingga likat kemudian matikan api masukan pula mentega kacau hingga sebati.
2.Tuang coklat ke atas kek yg telah disejukan dahulu.
Wednesday, August 19, 2009
Cartoon cupcake
Wednesday, August 12, 2009
Biskut Raya 2009 - Marble Shortbread
setelah coklat sejuk bolehlah dikeluarkan dan Sedia untuk di makan
(saiz biskut ade yg panjang sedikit sbb kite punya cutter ade yg hilang satu..mana ntah peginya maklumlah setahun sekali jer br pakai he..he..)
Salam semua..saja nk tayang calon2 utk biskut raya 2009 he..he..ni br satu yg lain akan di masukan kemudian..sebenarnya biskut ni kita buat saje jer buat nak test dulu rasanya..he.he.. rasanya sedap sbb bila mkn ada rasa coklat, stoberi dan biskut..ingat lepas ni nk buat coklat ngan oren plak lah mesti sedap..budak2 mesti suka ni..kite ade letak resepi sapa2 nk boleh cuba k step pun di sediakan sekali tengok gambar dr bwh ke atas ya..bg yg agak2 malas tu boleh order kat kite jer ..he.he..
Biskut Shortbread/choco batik
(Sumber Anis Adlina)
Bahan:-
240g tepung gandum
100g gula kastor (kite pakai gula halus)
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung
Cara2:-
1. Alaskan acuan pemotong dengan kertas minyak biar terjuntai sedikit supaya mudah biskut dikeluarkan nanti .
2. Gaul semua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)
3. Masukan dlm acuan dan tekan/canaiadunan hingga padatdan rata dlm acuan
4. Tekan alat pemotong di dlm acuan biskut dan bakar suhu 180c selama 12 min. ikut oven masing2 ye.
5. Bila biskut masak keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.
bahan hiasan:-
250g coklat masakan (Boleh lebihkan jika suka coklat banyak)
200g coklat putih (kita tukar coklat stoberi)
Cara:-
1.Cairkan coklat dan tuang ke atas biskut yg disejukan tadi
2.Cairkan coklat putih masukan dlm piping beg dan lorekan atas coklat masak.
3. Tarik dengan lidi utk jadikan corak batik.
4.masukan semula alat pemotong dlm acuan.
5.sejukan dalam peti sejuk hingga coklat keras.
6.Bila coklat dh beku keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum dimasukan ke dlm bekas kedap udara.
*nota -kite lebihkan masa memasak hingga 20min.sbb tak nak biskut kelihatan lembab.kang tak tahan lama plak.selamat mencuba.
Monday, August 10, 2009
Slice cheese cake
.jpg)

Slice cheese cake
(Sumber Myresepi)
Bahan-bahan (Kek saiz 20cm)
- 4-5 keping slice cheese
- 200ml susu segar
- 70g butter/majerin
-70g tepung gandum (ayak dulu)
- 70g gula halus
-4 biji telur saiz M
-sediki esen vanilla
Cara-cara
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukan dalam periuk, gunakan api kecil biarkan sampai cheese cair, kacau sentiasa.
3. Masukan butter dan kacau hingga larut.tutup api dan sejukan
4. asingkan telur kuning dan putih.pukul putih telur dgn gula hingga menjadi meringue.
5. Di dlm bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukan ke dlm adunan cheese tadi,masukan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lg.pastikan adunan tidak berketul.
6. akhir sekali masukan meringue ke dlm adunan td dan beberapa titik esen vanilla.gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.glis acuan dgn majerin dan alaskan dgn kertas.msukan adunan dlm acuan.
bakar pd suhu 170c selama 20min. dan turunkan suhu 140c selama 40min.gunakan acuan kek 20cm dan letakan sedikit air dibawah dulang pembakar, cara bain marie utk dptkan kek yg elok teksturnya.
7. hias ikut kreativiti sendiri.selamat mencuba
Kek Carrot
Sunday, August 9, 2009
Babie Doll Cake & My 1st Fondan figurine
Kisah seorang Puteri yang kesunyian di dalam taman ditemani serangga dan binantang yang cute..he..he..
Hai..cik lebah jgn hisap madu aku ya..aku tak banyak madu cik bunga ros banyak..betul aku tak tipu..he.he.
ermm..cam na nk panjat ni..licin bebenor rumput ni..kenapalah diorang tak sediakan tangga tak pun escalator kan senang..
Salam semua..order kali ni datang drpd En.Wan Ketua Pemuda UMNO dr Banting.Dia minta kite buatkan kek Barbie doll utk anak tersayang Puteri Asha Suffiya yang ke 4 tahun.Dia ade bg contoh design utk kek tu..tp kite saja tambah2 tang serangga tu..asalnya seekor itik dlm kolam jer..tapi tangan gatai..nk letak gak.lagi pun br nk belajor wat fondan figurine ni..tak g kelas mana pun belajor dr blog kwn2 jer..pastu parktis kat umah..peh..penat jugak nk uli fondan ni..tp seronok mcm main tanah liat jer..he.he..ape pun tq En.Wan order ngan kite.Wednesday, August 5, 2009
Stroberi & Oren Cupcake
Basic Cupcake (Sumber dr blog Maklangazie)
Bahan:-
113g Tepung naik sendiri
90g Gula halus
90g Mentega
2 biji telur (kite pakai telur gred A)
Sedikit Baking powder
sedikit perasa vanila (Kite pakai paste oren & stroberi)
Cara:-
Semua bahan dicampurkan bersama dan putar dengan kelajuan tinggi hingga gebu lebih kurang 3 min.
jangan over mixer nanti kek tak gebu.isikan dlm 1/2 adunan dlm acuan sbb kek akan naik tinggi
Bakar pada suhu 170c (ikut oven masing2) sehingga masak.
Tuesday, August 4, 2009
Roti sosej
Roti sosej.
Doh roti (Sumber Myresepi)
-500g tepung roti (Tepung gandum pun Ok)
-2 sudu kecil bread improver (ada jual kat kedai bakery)
-2 sudu kecil bread softener (ada jual kat kedai bakery)
-20g susu tepung (kite pakai susu anak jer)
-75g gula kastor (kite pakai gula halus)
-3 sudu kecil dry yeast (Mauripan lah tu..)
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur dipukul
-250ml air
-60g mentega (kite pakai majerin jer..)
Bahan tambahan (Ni kite tambah sendiri)
-Sosej ayam/daging
-sos
-mayonis
Cara2:-
-Gaul tepung , gula dan garam dlm mangkuk
-Masukan yeast, bread improver & bread softener gaul lagi
-Masukan mentega
-Masukan telur dan air
-Uli adunan sehinga menjadi doh yg lembut selama 10-15min
-bahagi adunan kepada saiz yg lebih kecil tekan2 biar leper sedikit
-letakan sosej, sos dan mayonis biar sehingga doh naik dua kali ganda lebih kurang 40min.
-bakar dlm oven yg dipanaskan pd suhu 170c selama 15min atau sehingga masak.
Kelas kek
Subscribe to:
Posts (Atom)