Kawan2 Terima kasih kerana sudi bersama saya

Monday, August 10, 2009

Slice cheese cake


Slice cheese cake ni sesaje je buat utk makan..ari tu ade beli keju kraf single utk anak rupanya dia tak bape suka..drpd membazir baik kite wat kek jer..he.he..lembut mcm span..pg ni bawa g opis sape nk angkat tangannn..he.he..makin bertambah lah lemak kat badan.

Slice cheese cake
(Sumber Myresepi)

Bahan-bahan (Kek saiz 20cm)

- 4-5 keping slice cheese
- 200ml susu segar
- 70g butter/majerin
-70g tepung gandum (ayak dulu)
- 70g gula halus
-4 biji telur saiz M
-sediki esen vanilla

Cara-cara

1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2.Kemudian masukan dalam periuk, gunakan api kecil biarkan sampai cheese cair, kacau sentiasa.
3. Masukan butter dan kacau hingga larut.tutup api dan sejukan
4. asingkan telur kuning dan putih.pukul putih telur dgn gula hingga menjadi meringue.
5. Di dlm bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukan ke dlm adunan cheese tadi,masukan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lg.pastikan adunan tidak berketul.
6. akhir sekali masukan meringue ke dlm adunan td dan beberapa titik esen vanilla.gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.glis acuan dgn majerin dan alaskan dgn kertas.msukan adunan dlm acuan.
bakar pd suhu 170c selama 20min. dan turunkan suhu 140c selama 40min.gunakan acuan kek 20cm dan letakan sedikit air dibawah dulang pembakar, cara bain marie utk dptkan kek yg elok teksturnya.
7. hias ikut kreativiti sendiri.selamat mencuba

No comments:

Post a Comment