Kawan2 Terima kasih kerana sudi bersama saya

Thursday, August 20, 2009

Kek Marble pudina



Ini tuan rumah punya..he.he..saja wat extra..tuan rumah pun nak rasa jugak..nyum.nyum..

Salam semua..kek Marble Pudina utk Dino staf NEC.Tq ya..Kawan2 kalau nk resepi kite ade letak ..jangan tak cuba..sedap tau..yg color hijau tu rasa pudina/mint..selamat mencuba.

Marble Mint
(sumber :Terlupa plak ambil dr mana yg pasti dr internet he..he .)

Bahan:-

200g tepung naik sendiri
220g gula
230g mentega/ majerin
230g telur
3g esen vanilla
50g susu segar
30g serbuk koko
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa papermint (ada jual di kedai bakery)

cara:-

1.Panaskan oven pd suhu 180c. alas kertas kuih pd dulang pembakar.
2.Pukul tepung naik sendiri yg telah diayak dengan mentega/majerin sehingga menjadi pes yg sebati.
3.Dlm mangkuk lain pukul gula dan telur hingga likat.masukan adunan ini dan esen vanilla ke dlm adunan tepung tadi.pukul hingga kembang dan sebati .
4.Bahagikan adunan kepada dua.satu diletak pewarna hijau dan perisa mint.dan satu adunan lagi di letak susu segar dan serbuk koko.
5.tuang adunan berselang seli ke dlm loyang.
6.Bakar selama 40-45 min.

Topping coklat
(Sumber sue fnr)

300g coklat masakan
100ml susu cair
1 sb mentega

cara :-

1.Masak coklat dan susu cara double boiler hingga likat kemudian matikan api masukan pula mentega kacau hingga sebati.
2.Tuang coklat ke atas kek yg telah disejukan dahulu.



No comments:

Post a Comment